RTM menyiarkan liputannya berdasarkan nilai berita yang hendak disampaikan kepada orang ramai, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.
Timbalan menteri mengulas persoalan yang dibangkitkan MP Pontian Ahmad Maslan di Dewan Rakyat hari ini bahawa stesen radio dan televisyen kerajaan itu berat sebelah kepada pembangkang.