Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata DBKL hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja saja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2 petang hingga 6 petang.
Nor Hisham berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan awam.