Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah dan anggota pentadbiran bahawa kuasa diberi untuk mereka melaksanakan tugas, bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini, beliau berkata jika kuasa disalahgunakan, negara tidak akan maju dan menyebabkan kemerosotan dalam kalangan masyarakat.
"Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila kita melaksanakan sesuatu mengikut kuasa yang diberi kepada kita.
"Kalau kita sedar atau berasa was-was bahawa kuasa itu mungkin akan menyebabkan sesuatu tidak baik bagi negara kita adalah lebih baik kita tidak laksanakan kuasa itu dan lebih baik kita runding dan mendapat nasihat tentang bagaimana kuasa itu hendak dilaksanakan," katanya.
- Bernama