Dapur runtuh akibat hujan lebat

2018-11-13 899

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Dapur sebuah rumah di Kampung Tasik Permai, Ampang, dekat sini runtuh manakala dua lagi kediaman bersebelahannya retak teruk akibat hakisan tebing sungai selepas hujan lebat yang melanda Lembah Klang, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang sebelum sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.