Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berusaha melakukan kajian menyeluruh bagi melaksanakan Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Tafsiran 1948/1967 yang memisahkan kuasa Pendakwa Raya dan kuasa Peguam Negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan tempoh dalam melaksanakan akujanji buku manifesto itu.