Sidang Dewan Rakyat pada sebelah petang hari ini mendapat sambutan daripada beberapa ahli parlimen berhubung isu pengisytiharan harta di kalangan wakil rakyat serta keluarga masing-masing.
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata beliau mencadangkan agar pengisytiharan harta dijadikan satu dasar untuk semua yang ingin menjadi wakil rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.