Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) boleh menurunkan harga barangan pengguna.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri berhubung kesan penggunaan cukai tersebut di Dewan Rakyat hari ini.