Sedih lihat perakus salah guna harta negara - Bos SPRM

2018-09-24 9,965

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull kesal apabila melihat bagaimana harta negara disalahgunakan dengan rakusnya oleh golongan yang berkepentingan demi periuk nasi mereka.

Lebih menyedihkan, kata Shukri, rakyat terutamanya menanggung penderitaan akibat kesan tersebut.

Shukri berkata demikian dalam ucapan di Konvensyen Mahasiswa Antirasuah di UniMAP, Perlis hari ini.