Tular video pembangkang anjur kursus 'demo' jalanan

2018-09-03 7,521

Salah seorang pemimpin utama Umno ketika ini, Lokman Noor Adam, parti itu sedang mempersiapkan "tentera" dalam usaha mereka "memusnahkan" parti yang sedang memerintah sekarang.

Memetik laproan Malaysiakini, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam memberitahu "tentera" terbabit memiliki semangat juang yang tinggi bagi menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mengulas mengenai satu klip video yang tular sejak semalam, Lokman mendakwa ia juga menjadi isyarat jelas bahawa Umno sentiasa membawa isu rakyat, bukannya hal-hal perkauman sempit.

Terdahulu satu klip video pendek menjadi tular sebelum dipersendakan sesetengah pihak, terutama penyokong kerajaan.

Melalui klip video itu kelihatan sekumpulan orang berlatih mengadakan demonstrasi. Menurut keterangan mengiringi klip video itu aksi tersebut ialah sebahagian daripada pengisian kursus asas Umno untuk menjadi pembangkang berkesan.

Ia diadakan selama tiga hari mulai 31 Ogos, dipercayai di sebuah pusat latihan milik Umno di Janda Baik, Pahang.