PM: Trump mungkin tak dapat bertahan penggal ke-2

2018-08-23 3,842

Dalam temu bual bersama ThaiPBS, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinannya bahawa presiden AS Donald Trump mungkin tidak bertahan sehingga penggal kedua.

"Saya fikir beliau mungkin kalah (pilihan raya presiden) bagi penggal kedua di mana kebanyakan polisi beliau akan dibuang sebagaimana beliau membatalkan dasar presiden sebelumnya, Barack Obama," katanya.

Mahathir mengulangi kenyataannya bahawa sukar untuk bekerja dengan seseorang seperti Trump.

"Saya memberitahu media apabila ditanya mengenai Trump bahawa agak sukar untuk bekerja dengan seseorang yang mengubah fikirannya dalam masa 24 jam sebanyak tiga kali," katanya.