Siew Ki bentang 'senjata' untuk tarik pengundi Balakong

2018-08-21 1,300

Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Wog Siew Ki melancarkan manifesto peringkat kawasan dengan janji-janji dengan menfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk Balakong.

Isu tempatan menjadi pilihan dan 'senjata' Siew Ki untuk menarik pengundi disana.

Antara janji didalam manifesto itu ialah menaik taraf infrastruktur bagi menghadapi masalah trafik dan banjir, menaik taraf tebing Sungai Balak dan juga menaik taraf jalan Balakong Batu 11.

Tidak ketinggalan isu longkang tersumbat yang dihadapi penduduk Taman Indah dan melebarkan jalan persimpangan dari Bandar Tun Hussein Onn ke Lebuh Raya Grand Saga turut menjadi perhatian calon dari parti DAP ini.

Free Traffic Exchange