K'jaan dulu arah LTAT bayar RM555j pada 2 syarikat AES

2018-08-17 3,659

Kerajaan terdahulu mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menggunakan dana anggota tentera sebanyak RM555 juta bagi mengambil alih dua buah syarikat yang mengendalikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media hari ini.