Pegawai polis kini perlu menghadiri kursus bahasa Inggeris susulan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar mereka meningkatkan kemahiran dalam bahasa itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pada peringkat awal seramai 30 pegawai polis kanan - termasuk ketua polis daerah - seluruh semenanjung telah dipilih untuk menyertai kursus selama lima hari di Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur.