Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi berdepan pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan RM42 juta berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat itu.