Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat tenang menjawab soalan dari ahli parlimen Beluran dari BN, Datuk Ronald Kiandee dan ahli parlimen Kota Bharu dari PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkenaan cabutan khas nombor ramalam.
Ronald menanyakan jika kerajaan mempunyai cadangan untuk membatalkan cabutan nombor ramalan bagi mengurangkan masalah sosial rakyat malaysia.
Guan Eng yang menjawab soalan itu, kerajaan tidak akan membatalkan tetapi akan mengurangkan cabutan khas nombor ramalan itu. Dalam menjawab soalan itu Guan Eng sempat menempalak Ronald yang tidak membuatkan permintaan itu ketika kerajaan BN berkuasa dahulu.
Takiyuddin yang kemudian bangun memetik laporan roketkini yang memetik kenyataan dari dua ahli parlimen DAP terdahulu yang mencadangkan cabutan khas nombor ramalan diberhentikan dan inginkan kepastian Guan Eng adakah cadangan dua ahli parlimen DAP itu akan dilaksanakan.
Guan Eng yang bangun memerli Takiyuddin supaya patut bersyukur dengan kerajaan baru yang mengurangkan cabutan khas nombor ramalan berbanding kerajaan terdahulu yang mengekalkan bilangan cabutan khas nombor ramalan yang asal.