Lebih 3 ribu sekolah kurang murid

2018-08-06 880

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mendedahkan sebanyak 3015 buah sekolah diseluruh negara kekurangan murid.

Teo berkata daripada jumlah keseluruhan sekolah itu sebanyak 2054 adalah sekolah kebangsaan, 360 sek keb jenis tamil dan 601 sekolah jenis kebangsaan cina.

Antara sebab ia mengalami penurunan adalah kerana mungkin berlaku penghijrahan penduduk kawasan tersebut ke lokasi yang lain.

Dalam plan hala tuju sekolah kurang murid yang dibentang 2017, sekolah yang mengalami penurunan pendaftaran berterusan dalan tempoh tertentu berturut-turut dicadang berpindah ke kawasan lain namun ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Teo menjawab soalan Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu yang menanyakan pendirian kementerian pendidikan sama ada akan mempertimbangkan untuk memperbaharui prosedur supaya memudahkan keperluan memindahkan sekolah memandangkan banyak penghijrahan penduduk dari kawasan pedalaman ke bandar, banyak sekolah jenis kebangsaan (Cina) perlu dipindahkan ke kawasan bandar untuk memenuhi keperluan.