Menteri Pelajaran Maszlee Malik menimbulkan kecurigaan terhadap sesetengah naib canselor universiti tempatan yang didakwa membocorkan maklumat kepada ahli politik BN.
Maszlee berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendakwa dirinya memberi amaran semasa perjumpaaan dengan semua naib canselor.
Beliau bagaimanapun menafikan dirinya mengeluarkan sebarang amaran dan mempersoalkan bagaimana Idris mengetahui mengenai mesyuaratnya itu.