Australia tak berganjak isu Sirul, galak hapus hukuman mati

2018-08-01 2,301

Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata kedudukan negaranya mengenai orang buruan Malaysia, Sirul Azhar Umar adalah mengenai soal prinsip kerana ia melibatkan hukuman mati.

"Kedudukan Australia adalah satu perkara prinsip - kes-kes ekstradisi mengambil kira sama ada hukuman mati akan dikenakan di negara yang memohon (perintah itu) atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini.

Bishop berkata beliau berbincang tentang hasrat Malaysia yang mempertimbangkan untuk memansuhkan hukuman mati.

"Kami menyokong kuat pemansuhan hukuman mati.

"Kami berada dalam majlis hak asasi manusia (PBB) sekarang dan penghapusan hukuman mati menjadi tunjang advokasi (prinsip) itu," katanya.