Malaysia tidak jadi 'tong sampah' sisa pepejal dunia

2018-07-31 3,443

Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menjadi 'tong sampah' kepada sisa pepejal dunia susulan lambakan bahan buangan berkenaan ekoran tindakan China mengharamkan kemasukan sisa pepejal negara maju ke negara itu.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin berkata bagi memastikan perkara itu, kerajaan mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan baharu bagi permohonan lesen import sisa pepejal, seterusnya membatalkan serta-merta lesen kesemua 114 pemegang lesen sebelum ini.

Katanya lesen berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Free Traffic Exchange