Dr M perjelas sebab Proton merosot

2018-07-30 1

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemerosotan Proton disebabkan dasar membenarkan kereta negara lain masuk ke pasaran tempatan tanpa memberi peluang Proton untuk menembusi pasaran mereka.

Kata Dr Mahathir, beliau yakin Proton mampu mencapai kejayaan seperti dahulu sekiranya mendapat bantuan kerajaan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong.