'Saya minta maaf'

2018-07-26 22,039

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa beliau cuma bergurau apabila mengatakan akan berlaku pilihan raya kecil di kerusi parlimen Langkawi.

"Saya kata pilihan raya kecil adalah takdir illahi yang boleh berlaku di mana-mana, mungkin di Langkawi, Bera atau Ketereh," kata Anggota Parlimen Ketereh itu di lobi Parlimen.

Kerusi parlimen Langkawi kini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berusia 93 tahun.

Mahathir juga merupakan Perdana Menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

"Saya kata itu dengan bergurau, jadi jangan marah," kata Annuar.

Annuar juga berkata kenyataan beliau telah disalahtafsir.

"Tetapi, jika ada yang tersinggung, saya minta maaf, tidak ada masalah.

"Orang ramai menyalahtafsirkan kata-kata saya, tetapi saya tidak keberatan, saya boleh memohon maaf kerana itu bukan apa yang saya maksudkan," katanya.

Annuar berkata beliau menghormati Mahathir sebagai Perdana Menteri, seorang negarawan dan bekas bosnya.

"Sekiranya dia melakukan sesuatu yang betul, kita mesti mengatakan ia adalah betul. Apabila dia salah, kita juga harus mengatakannya," katanya.

Annuar, ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis, dilaporkan menggambarkan pilihan raya itu sebagai "ujian dari Allah".