Zahid dipertimbangkan sebagai pengerusi PAC

2018-07-25 3,642

Ketua Pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di parlimen, kata menteri undang-undang Liew Vui Keong.

Menjawab soalan, Liew berkata presiden Umno adalah calon tunggal yang dipertimbangkan untuk menjawat jawatan itu.

“Bagi pembangkang, seorang sahaja (calon), yang tadi sebut itu, tak perlu sebut banyak kalilah,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.