Ratusan penduduk dilihat tidak melepaskan peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Eddie Ng yang akan disemadikan hari ini di Nilai.
Ng meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang pada pagi Jumaat.
Ng dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.
Menurut sumber mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.
Ng dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu Ng mengalahkan dua pencabar masing-masing dari BN, Lim Chin Wah, dan Mohamad Ibrahim Ghazali, dengan kelebihan 35,538 undi.
Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).