Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap usaha untuk iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah bunga-bunga awal untuk memecahkan perpaduan dari sudut bahasa.
Bagaimanapun Khairuddin berkata mempelajari bahasa lain turut diajar dalam islam namun hanya perlu ada satu bahasa sahaja untuk menyatukan semua bangsa dalam sebuah negara.
Sebelum ini kementerian pendidikan menegaskan kerajaan masih dalam proses kajian berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebelum membuat sebarang keputusan.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, apa saja keputusan yang akan dibuat nanti akan bersifat menyeluruh dan holistik.
Katanya lagi, kerajaan akan mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebarang impak keputusan itu terhadap perpaduan dan keharmonian rakyat.