Hampir kecoh...Menteri 'diasak' pembangkang

2018-07-24 2

Dewan Rakyat hampir kecoh diantara Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, Ahli Parlimen MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Kinabantangan Datuk Bung Moktar Radin apabila mereka menyindir diantara satu sama lain.

Sebelum itu Wee membangkitkan soalan mengenai pengangkutan awam yang telah diabaikan dan beliau mengaitkan masalah itu dengan pengeluaran kereta proton yang dimulakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wee turut membangkitkan cadangan Dr Mahathir untuk mengeluarkan kereta nasional yang baru.

Bagaimanapun soalan Wee itu telah dibidas oleh Khalid yang menganggap soalan itu tiada hubung kait. Dan ia menimbulkan sedikit kekecohan dikalangan pembangkang yang mendesak Khalid terus menjawab.

Free Traffic Exchange