Seramai 3,000 orang menyertai majlis makan malam pengumpulan dana yang dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam malam semalam, mengumpul sebanyak RM3,479,100 kepada Tabung Harapan.
Mereka mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri dengan tepukan gemuruh, dan ramai berkerumun di sekelilingnya walaupun permintaan pengacara supaya memberi laluan kepada tetamu VIP untuk masuk.