Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian Pakatan Harapan menegakkan lunas kedaulatan undang-undang.
Dr M mendakwa pentadbiran sebelum ini telah mengabaikan undang-undang dan dibawah kerajaan pimpinanannya akan mansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Antaranya menurut Dr Mahathir terdapat beberapa undang-undang yang tidak adil dan tidak melindungi kepentingan orang ramai dan perniagaan seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Menurut pengerusi BERSATU itu, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 akan dimansuhkan.
Dr Mahathir berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di majlis makan malam amal Tabung Harapan, anjuran 18 Gabungan Persatuan Cina Klang di Shah Alam, malam tadi.