Polis tak dapat sahkan Jho Low ditangkap

2018-07-20 2,322

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak dapat mengesahkan maklumat bahawa ahli perniagaan yang diburu, Jho Low telah ditangkap oleh pihak berkuasa China.

Sebelum ini, Sarawak Report memetik sebuah stesen radio Hong Kong mendakwa pihak berkuasa China telah menahan ahli perniagaan kontroversi kelahiran Pulau Pinang itu.