UMMAH cadang Dr M ganti Dr Maszlee

2018-07-16 12,647

Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahya berkata keputusan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diambil Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik jelas menunjukkan pentadbiran baru kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terburu-buru dan hanya sekadar mahu memenuhi kehendak golongan minoriti di negara ini.

Selain itu, Aminuddin turut mencadangkan agar kedudukan menteri pendidikan diambil alih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan perdana menteri itu menurutnya pernah menolak UEC.

UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (SMPC) dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Free Traffic Exchange