Anggota Parlimen Temerloh Anuar Tahir mengucapkan selamat berlatih menjadi oposisi kepada barisan pembangkang susulan insiden barisan parlimen BN dan PAS keluar dewan bagi membantah cadangan pelantikan Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.
Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.
https://youtu.be/EvgydlCKwWs - Dewan Rakyat kecoh, hanya KJ dan Anifah tidak keluar dewan
Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.