Dewan Rakyat kecoh, hanya KJ dan Anifah tidak keluar dewan

2018-07-16 46,767

Hanya beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing untuk memulakan sidang parlimen, anggota parlimen Umno dan PAS melangkah keluar dewan sebagai tanda bantahan.

Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.