Pemandu teksi protes menteri MOT di luar Parlimen

2018-07-16 1

Sekumpulan pemandu teksi berkumpul di Padang Merbok, kira-kira 3 kilometer dari bangunan Parlimen sejak jam 9 pagi tadi.

Kira-kira 150 pemandu mengambil bahagian membantah operasi aplikasi perkongsian kereta, Grab Car dan mereka merancang berarak ke bangunan Parlimen untuk bertemu dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Timbalan Presiden PERSIM Kamarudin Mohd Hussain memberitahu Malaysiakini mereka sudah menyediakan suatu memorandum untuk diserahkan kepada menteri.

Terdapat kira-kira 15 pegawai polis dan 6 anggota LSF dengan perisai berdiri di hadapan Padang Merbok.

Menurut seorang peserta himpunan, Jazz Rizal mereka tidak memohon permit untuk perhimpunan ini.

Selepas rundingan di antara penganjur himpunan bantahan dan pihak keselamatan, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Rudy Abdullah mengumumkan seorang wakil Kementerian Pengangkutan akan hadir untuk bertemu kumpulan pemandu teksi berkenaan.

Kredit video: Kai Hui/Malaysiakini