'Kenapa mahu serang saya macam ini?'

2018-07-13 110,315

Keadaan hampir bertukar kecoh apabila aktivis bersama dengan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyerbu masuk premis Bilik Gerakan Umno Parlimen Kepong hari ini, tanpa kebenaran.

Kemudian, berlaku pertelagahan antara aktivis dari Kepong, Yee Poh Ping dan Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid berhubung status kawasan tanah di premis itu.