PETALING JAYA 23 Jan. - Seorang lelaki tempatan bertindak ‘menyerah diri’ selepas rumah urut tempatnya bekerja diserbu Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Sunway Mentari, di sini sebentar tadi.
Dalam serbuan dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kira-kira pukul 10.45 malam itu, enam wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan turut ditahan.
Lelaki berusia 29 tahun itu tiba-tiba datang ketika pemeriksaan sedang dijalankan dan mengaku sebagai penjaga selain memaklumkan dia bercuti pada hari ini. - UTUSAN ONLINE