KANGAR 22 Jan. - Lebih 100 ekor ikan lumba-lumba dikesan di kawasan Boya Tukun, iaitu kira-kira dua kilometer dari Jeti Kuala Perlis hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh yang melihat kelibat spesies tersebut ketika memancing bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 5 petang.
Katanya, ikan itu ditemukan dalam kumpulan besar yang menghampiri bot mereka yang pada masa itu keadaan lautnya tenang. - UTUSAN ONLINE