KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pusat Sains Negara (PSN) yang dibuka semula pada 11 Oktober lalu telah dinaiktaraf dan diberikan wajah baharu untuk memberikan pengunjung serta keluarga pengalaman hebat menerokai dunia sains dan teknologi.
Semua bahan pameran yang dipamerkan di situ dibina dengan canggih dan menarik bagi memberikan pengunjung nilai tambah kepada pengalaman mereka semasa berkunjung ke sana.
Namun, dek sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung, ada antara barang pameran berkenaan telah rosak dan tidak lagi berfungsi.
Keadaan ini menjejaskan pengalaman pengunjung terutamanya kanak-kanak, yang mana dalam tinjauan yang dilakukan Utusan Online hari ini, rata-ratanya amat teruja untuk mencuba bahan pameran yang disediakan.