TELUK INTAN 28 Dis. - Laluan di Kilometer 3.5 Jalan Kampung Bahagia-Kampung Gajah di sini yang meragut dua nyawa akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) semalam merupakan laluan merbahaya kerana kerap berlaku kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 semalam, S. Krishnan, 64, dan cucu lelakinya, S. Ugeendrann, 11, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.