KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sebanyak lima premis makanan ditutup daripada 15 buah yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kedai Makanan (Op Bersih) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di kawasan komersial Metro Pudu di sini.
Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M. Noor Azman Taib berkata, lima premis tersebut diarah tutup atas kesalahan menimbulkan halangan pada lorong belakang, beroperasi tanpa lesen serta menggantung iklan tanpa lesen.