KUALA LUMPUR 1 Nov.- Penguasaan bahasa asing khususnya dalam generasi muda merupakan satu kelebihan yang mendatangkan banyak manfaat pada masa hadapan.
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Dr. K. Nagalingam berkata, baik dalam bidang pendidikan mahupun pasaran pekerjaan, penguasaan lebih daripada dua bahasa merupakan satu bonus yang mampu menjadikan seseorang itu lebih ke hadapan berbanding yang lain.