PPIM sasar gempur skim pelaburan haram

2018-07-11 1

KUALA LUMPUR 25 Okt.  - Persatuan Pengguna Islam (PPIM) melancarkan gerakan bagi menggempur dan membanteras kegiatan pelaburan haram yang semakin berleluasa sehingga begitu ramai menjadi mangsa penipuan sindiket sedemikian.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM akan berkerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara, pakar atau perunding kewangan, pelaburan, pihak berkuasa polis dan peguam bagi membantu mangsa dan orang ramai dalam menangani masalah pelaburan haram ini.  

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai melaporkan segera sebarang bentuk aktiviti penipuan pelaburan ke Unit Pencegahan Penipuan (UPP) yang baharu dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.

Free Traffic Exchange