Sehari bersama pelajar tahfiz Al Quran Pulau Ketam

2018-07-11 52

DIKELILING komuniti berketurunan Tiong Hua tidak menghalang Ustaz Muhammad Ibrahim menubuhkan sebuah sekolah tahfiz al-Quran di Pulau Ketam Selangor.

Dikenali sebagai Akademi Tahfiz Mandarin, Ustaz Muhammad Ibrahim yang turut dikenali Ustaz Mad Cina menubuhkan akademi berkenaan pada Juanairi 2017.


Berada di bawah pengurusan sepenuhnya Pertubuhan Pendakwah Selangor (PPS), Akademi Tahfiz Mandarin kini mempunyai seramai 30 pelajar tahfiz.

Menurut Ustaz Mad Cina, akademi tersebut ditubuh untuk mempelbagaikan sekolah tahfiz yang ada.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/akademi-tahfiz-al-quran-pulau-ketam-1.500132#ixzz4m99JBYDh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.