PUTRAJAYA 5 Julai - Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 ditarik balik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet juga memutuskan untuk mengekalkan syarat lulus Bahasa Melayu bagi pengambilan semua jawatan dalam sektor awam dan tiada sebarang kelonggaran berkaitan diizinkan.