SEREMBAN 20 Jun - Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd.(FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tiada pihak yang kalah atau menang berikutan peletakan jawatannya dalam syarikat itu semalam.
Sebaliknya, beliau memberitahu, tindakan yang diambil selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah demi kebaikan syarikat tersebut.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.