Awang Wangi sesat berjaya dipindahkan

2018-07-11 3

GUA MUSANG 11 Mei - Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini memindahkan seekor gajah jantan dikenali sebagai 'Awang Wangi' yang dipercayai tersesat di kawasan taman perumahan di Taman Wangi di sini, Isnin lalu.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd. Hasdi Husin berkata, operasi pemindahan gajah seberat dua tan itu dilaksanakan dengan bantuan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Hulu Terengganu, Terengganu.

Katanya, gajah yang berusia sekitar 11 hingga 15 tahun itu ditangkap di kawasan hutan berhampiran perumahan Taman Wangi selepas mendapat aduan daripada penduduk di taman tersebut. - UTUSAN ONLINE