Larian Sang Saka Bangsa simbol sokongan anak muda

2018-07-11 0

KUALA LUMPUR 10 Mei - Kira-kira 2,000 orang terdiri daripada golongan muda dalam Parlimen Setiawangsa memeriahkan program Larian Sang Saka Bangsa sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 tahun.

Program yang bermula dari Pejabat Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa itu melalui beberapa jalan utama di kawasan itu dan berakhir di Pejabat Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.