Polis buru lelaki ragut warga China

2018-07-11 36

KUALA LUMPUR 11 Mei - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang terlibat dengan kes ragut melibatkan seorang wanita warganegara China ketika berswafoto di Dataran Merdeka di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan ahli perniagaan telah diragut dari arah belakang oleh seorang suspek bermotosikal.