Ucop mahu jadi juara di hati peminat

2018-07-11 0

KUALA LUMPUR 3 Mei- Tidak menjanjikan kemenangan pada Konsert Akhir Mentor Milenia yang bakal berlangsung Ahad depan, anak didik Hazama, Ucop hanya mahu mengharapkan dia kekal menjadi juara di hati peminat.

Biarpun ada komen-komen positif netizen yang menyamakan kisah tularnya dengan penyanyi popular, Mawi namun Ucop tetap merendah diri dan hanya menganggap itu satu kebetulan yang baik.

Secara eksklusif, kita dengar penjelasan Ucop mengenai komen tersebut dan harapan di malam konsert akhir itu nanti.-UTUSAN ONLINE

Free Traffic Exchange