KKLW salur lebih RM11 juta bagi projek BELB 2016/2017 - TNB

2018-07-11 1

TELUK INTAN 19 April - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menyalurkan sebanyak RM11,081,766 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak bagi membangunkan tujuh Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di negeri ini bagi tahun 2016 hingga tahun ini.

Sehingga kini, sebanyak 154 buah kediaman terlibat dalam projek tersebut yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah yang berada di luar bandar.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.