Murid Tahun Enam dikhuatiri lemas

2018-07-11 6

JOHOR BAHRU 31 Mac - Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Serai, kira-kira 70 meter dari rumahnya di Kampung Sentosa, Cahaya Baru, Masai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abdul Aziz berkata mangsa, Muhammad Faiz Surimin, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Cahaya Baru, Masai, dikatakan mandi di situ bersama dua rakannya pada kira-kira pukul 6 petang.