JOHOR BAHRU 15 Mac - Seorang bapa dan teman wanitanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun pada Disember 2013.
Mohd. Imran Mohd. Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, dituduh membunuh anaknya, Muhammad Aqeef Adam Mohd. Imran, 3, di rumah bernombor A 2-22 Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, pada 16 hingga 19 Disember 2013.
Hakim, Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.